MENU

 

KUTIPAN DAN PELUPUSAN SAMPAH

KEKERAPAN KERJA PEMUNGUTAN SAMPAH

1. Kutipan Tiga (3) Kali Seminggu

Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan tiga (3) kali seminggu termasuk hari Kelepasan Am hendaklah dilaksanakan di dalam kawasan rumah kediaman  termasuk rumah teres, rumah banglo, rumah semi-D atau sebarang jenis kediaman kecuali rumah pangsa, kondominium atau pangsapuri. Jadual akan ditetapkan sama ada mengikut turutan

  • Isnin, Rabu dan Jumaat
  • Selasa, Khamis dan Sabtu

 

2. Kutipan Tiap-Tiap Hari (7 Kali Seminggu)

Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan setiap hari termasuk hari Kelepasan Am hendaklah dilaksanakan di dalam kawasan berikut

  • Pasar pagi dan pasar moden

 

3. Kutipan Tiap-Tiap Hari (6 kali seminggu kecuali Ahad)

Kutipan sisa pepejal dengan kekerapan setiap hari kecuali hari Ahad  tetapi termasuk hari Kelepasan Am hendaklah di laksanakan di dalam kawasan berikut

  • Premis perniagaan termasuk semua jenis kedai, rumah/kedai, kedai/pejabat dan gerai
  • Rumah pangsa, kondominium atau pangsapuri
  • Pusat-pusat tong dan kebuk sampah
  • Lain-lain kawasan yang diarahkan

 

4. Kutipan Pasar Malam (mengikut waktu pasar malam)

 

Halaman-halaman