MENU
 

Jabatan Perancang Bandar MPS bertanggungjawab di dalam mengawal dan merancang pembangunan merujuk kepada Akta 172, Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035, Rancangan Tempatan MPS 2020, Rancangan Kawasan Khas serta mengikut dasar-dasar / pekeliling- pekeliling kerajaan serta garis panduan yang terpakai di dalam memastikan pembangunan bandar mampan, progresif dan sejahtera. Jabatan ini diketuai oleh Puan Noriza Binti Bahari sebagai pengarah jabatan dan dibantu oleh 39 orang kakitangan di bawahnya.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Perancang Bandar MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Membantu dalam memastikan setiap permohonan kebenaran merancang mematuhi Akta 172.
  • Memproses nama taman, bangunan, jalan dan alamat.
  • Membuat lawatan tapak bagi ulasan teknikal jabatan berkaitan.
  • Menjalankan penguatkuasaan merujuk kepada Akta 172.
  • Membuat bancian ke atas kilang haram dan membuat penguatkuasa jika tidak mematuhi peraturan.
  • Menyelaraskan dan memantau penyediaan dan pelaksanaan rancangan pemajuan.
  • Bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengemaskini GIS.
  • Menguruskan dan memproses permit struktur billboard.
  • Menyelaraskan program pembangunan projek kemampanan bandar iaitu Bandar Selamat, Local Agenda dan Murni Net.
  • Memberi ulasan berkaitan dengan hal – hal tanah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.