MENU
 

Maklumat Am

Tempoh               

  • Penggal Pertama - 1 Januari hingga 28 Februari
  • Penggal Kedua - 1 Julai hingga 31 Ogos

 

Kadar bayaran dikenakan (NOTIS) RM20.00 bagi setiap akaun yang mempunyai tunggakan akan dikenakan pada setiap 1 Mac dan 1 September.

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 Seksyen 160 (1) segala pindah milik mestilah dimaklumkan kepada Pihak Majlis Perbandaran Selayang dalam tempoh 3 bulan dengan mengisikan segala butir-butir di dalam Borang I yang boleh didapati di Majlis Perbandaran Selayang. Kegagalan melaksanakan perkara ini boleh dikenakan denda tidak lebih dari RM2,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu sahaja) jika disabitkan kesalahan.

Jika tidak menerima bil Cukai Taksiran sila datang ke Ibu Pejabat atau mana-mana cawangan yang berhampiran atau klik di sini untuk semakan.

 

Cara Bayaran

Cek, wang kiriman pos hendaklah dicatatkan Nombor Akaun, Nama dan Nombor Telefon di belakang dan dipalang (Akaun Penerima Sahaja), dibayar kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Untuk makluman bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan bayaran.

Bayaran di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan boleh dibuat dengan menggunakan wang tunai, kiriman wang pos, bank deraf, cek, kad kredit dan Kad debit Master/VISA.

Bayaran boleh dibuat melalui bank seperti berikut :

AGENSI KAEDAH PEMBAYARAN / KETERANGAN
Bank Islam (M) Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank (M) Berhad Kaunter
Bank Islam (M) Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia,  Public Bank Berhad, Maybank,  Agro Bank, Affin Bank Berhad, Bank Simpanan Nasional ATM (Auto Teller Machine)
Bank Islam (M) Berhad, Maybank, MBF Cards, Ambank (M) Berhad, CIMB Berhad, RHB Bank, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Affin Bank Berhad, Public Bank Berhad, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional Perbankan Internet
Bank Islam (M) Berhad, Bank Simpanan Nasional Mesin Deposit Tunai (CDM)
Mesin Payquik Kiosk Tunai sahaja (Terdapat di Ibu Pejabat, Cawangan Rawang Dan Wangsa Permai Serta Pasaraya-Pasaraya Terkemuka
Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Pejabat Pos Seluruh Kuala Lumpur, dan Cawangan Pejabat Pos Terpilih Di Negeri Selangor Tunai sahaja

 

Bayaran boleh dibuat di :

  • Ibu Pejabat Majlis Penbandaran Selayang
  • Kaunter Pandulalu Ibu Pejabat
  • Pejabat Kecil Kutipan Hasil MPS Cawangan Rawang
  • Pejabat Kecil Kutipan Hasil MPS Cawangan Wangsa Permai
  • Pejabat Kecil Kutipan Hasil MPS Cawangan Sri Gombak
  • Pejabat Tanah Dan Daerah Seluruh Negeri Selangor
  • Majlis Daerah, Perbandaran dan Bandaraya seluruh Negeri Selangor
  • Kaunter Bergerak Majlis Perbandaran Selayang. (Sila semak laman web MPS dan akhbar tempatan mengenai jadual kaunter bergerak)

 

Waktu Bayaran

TEMPAT BAYARAN HARI WAKTU
Ibu Pejabat

Isnin – Jumaat

Sabtu / Ahad

8.00 pg – 5.00 ptg

8.00 pg – 12.30 ptg (Februari & Ogos)

Kaunter Pandulalu

Isnin – Khamis

Jumaat

8.00 pg – 1.00 ptg & 2.00 pm – 4.30 ptg

8.00 pg – 12.15 tghari & 2.45 ptg – 4.30 ptg

Pejabat Kecil Kutipan Hasil Cawangan Rawang

Isnin – Khamis

Jumaat

8.00 pg – 4.30 ptg

8.00 pg – 12.15 tghari & 2.45 ptg – 4.30 ptg

Pejabat Kecil Kutipan Hasil Wangsa Permai

Isnin – Khamis

Jumaat

8.00 pg – 1.00 ptg & 2.00 ptg – 4.30 ptg

8.00 pg – 12.15 ptg & 2.30 ptg – 4.30 ptg

Pejabat Kecil Kutipan Hasil Taman Sri Gombak

Isnin – Khamis

Jumaat

8.00 pg – 1.00 ptg & 2.00 ptg – 4.30 ptg

8.00 pg – 12.15 ptg & 2.30 ptg – 4.30 ptg

Kiosk Bayaran di Pondok Pengawal Isnin - Ahad 6.00 pg – 10.00 mlm