MENU
 

Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan diketuai oleh Puan Norhayati binti Ahmad , dan jumlah keseluruhan staf di Jabatan adalah seramai 172 orang termasuk anggota penguatkuasa, pengawal keselamatan, bahagian pentadbiran serta pemandu awam. Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS bertanggungjawab menjalankan 3 aktiviti utama iaitu menjalankan tindakan penguatkuasaan, menyelesaikan aduan awam, menjaga harta benda MPS dan membantu agensi-agensi penyelamat untuk kerja-kerja ad-hoc seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan lain-lain lagi.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Menjalankan tindakan penguatkuasaan dengan menggunapakai undang-undang kecil, akta dan enakmen yang telah diwartakan.
  • Menyelesaikan aduan-aduan awam yang berkaitan dengan kadar segera.
  • Menjaga keselamatan harta benda MPS.
  • Memastikan orang awam yang berurusan dengan MPS mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  • Membantu agensi-agensi penyelamat untuk tugas-tugas ad-hoc yang berhubung kait dengan kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain.

 

LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

  • Tugasan pengiring Menteri Besar Selangor
  • Majlis dialog bersama penduduk, JKP
  • Kawalan perayaan Thaipusam
  • Lawatan turun padang bersama EXCO, Ahli Majlis, JKP, YDP, jabatan dalaman MPS
  • Lain-lain tugasan yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa
  • Tugasan kawalan & pemantauan
    • Kawalan lalulintas & trafik
    • Kawalan sampah haram
    • Kawalan Pasar Borong Selayang
    • Bantuan anggota untuk aktiviti kemasyarakatan
      • Bantuan kawalan aktiviti sekolah
      • Bantuan tugasan Ahli Majlis, JKP, Jabatan dalaman MPS
      • Bantuan agensi kerajaan - Polis, Rela, AADK, Imigresan
      • Kawalan bola sepak di Stadium MPS
      • Kawalan Perayaan Thaipusam, Tahun Baru Cina dan Hari Raya
      • Program Gotong-royong
        • Jabatan Penguatkuasa
        • Ahli Majlis, EXCO, JKP
        • Dalaman MPS
        • Program Gotong-royong jabatan
      • Perbarisan & Kawad / Sukan Penguatkuasa
      • Latihan menembak Jabatan Penguatkuasa
      • Lain-lain tugasan yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.