MENU
 

Jabatan Korporat MPS bertanggungjawab mengendalikan 4 aktiviti utama iaitu Perhubungan Awam, Penerbitan, Aduan  dan Inovasi. Jabatan Korporat diketuai oleh En Mohamad Zin bin Masoad sebagai Pengarah jabatan dengan dibantu 30 orang kakitangan dibawah beliau.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Korporat MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Membentuk dan meningkatkan imej korporat Majlis.
  • Membuat kenyataan akhbar mengenai hal-hal berkaitan MPS kepada Media masa.
  • Mengumpul keratan akhbar bagi berita berkaitan MPS untuk maklum balas tindakan.
  • Menerima dan menyelaras aduan awam untuk tindakan.
  • Mengendalikan segala urusan untuk acara-acara rasmi MPS.
  • Menerbitkan bahan-bahan penerbitan.
  • Mengurus dan menjadi urus setia program kualiti dan penyertaan anugerah.

 

Bahagian Penerbitan

  • Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan penerbitan dan percetakan bahan-bahan maklumat Majlis.
  • Merancang, mengurus dan memantau pendokumentasian pengurusan keseluruhan proses penerbitan.
  • Menghasilkan dan menyediakan design dan lay out majalah, brochures, kad hari raya, poster, buku cenderamata, leafleat, pelekat, backdrop untuk pentas, diari, kalender, laporan tahunan, buku aturcara, program inovasi dan lain-lain.
  • Bertanggungjawab mengendalikan promosi pameran dan maklumat.

 

Bahagian Aduan

ADUAN PELANGGAN

Setiap aduan yang diterima dipanjangkan kepada jabatan-jabatan berkaitan dan pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jabatan Korporat agar setiap aduan dapat diselesaikan. Berdasarkan statistik terbaru dapat dilihat peningkatan aduan yang diterima dan Jabatan Korporat memohon agar jabatan yang berkaitan berusaha mengambil tindakan dan penyelesaian yang lebih berkesan dalam menangani aduan terutama aduan yang berulang.
Mesyuarat Penyelesaian Aduan diadakan sebulan sekali bagi membantu jabatan membincangkan dan menyelesaikan aduan-aduan yang tertunggak dan kritikal.

MAKLUM BALAS KEPUASAN PELANGGAN

Jabatan Korporat telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan borang soal-selidik (e-Soal) di setiap kaunter hadapan MPS. Selaras dengan misi dan visi untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, maklum balas orang ramai telah dibuat analisa bagi tujuan memperbaiki sistem perkhidmatan dan membuat cadangan penambah baikan kepada pihak pengurusan di mesyuarat koordinasi, langkahlangkah pembaikan yang boleh dibuat.

 

Bahagian Inovasi

Antara tanggungjawab dan fungsi Bahagian Inovasi adalah:

 

  • Menyelaraskan dan memantau pembangunan program-program inovasi di Majlis Perbandaran Selayang.
  • Menyelaraskan usaha-usaha dalam mempertingkatkan kemahiran, kreativiti, inovasi dan semangat berpasukan di kalangan warga Majlis Perbandaran Selayang.
  • Membantu mempertingkatkan sistem penyampaian agar sentiasa berkualiti dan aktivitiaktiviti utama dilaksanakan mengikut prosedur.
  • Mengendalikan segala urusan penyertaan dan pelawaan bagi mana-mana program dan hal ehwal berkaitan kualiti dan inovasi.
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.