MENU
 

Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS bertanggungjawab mengendalikan 8 aktiviti utama iaitu menyemak  penjualan dan menyediakan dokumen, menyediakan dokumen tender, menguruskan penjualan dokumen sebutharga dan tender termasuk menyediakan notis iklan, menyediakan laporan penilaian sebutharga/tender, menyemak dokumen kontrak, mesyuarat jawatankuasa sebutharga dan tender, mesyuarat jawatankuasa teknikal dan kewangan perunding dan pelupusan aset. Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan diketuai En. Hafizan Bin Khamis sebagai Pengarah Jabatan dengan dibantu seramai 9 orang kakitangan. Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Selayang diuruskan secara terbaik dan paling menguntungkan dengan mematuhi prinsip perolehan seperti akuantabiliti awam, telus, nilai faedah terbaik serta saingan secara terbuka, adil dan saksama. Majlis telah melaksanakan tender dan sebutharga secara terbuka untuk memberi peluang kepada kontraktor untuk membuat tawaran bagi kerja-kerja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang selain mewujudkan saingan secara sihat dan pemilihan ke atas kos yang menguntungkan Majlis. Majlis juga memastikan pelaksanaan kerja dapat dibuat dengan sempurna.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS  bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Menguruskan proses tender dan sebutharga bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan termasuk membuat kajian harga pasaran.
  • Menguruskan penyediaan dokumen kontrak bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan.
  • Urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Tender, Jawatankuasa Sebutharga dan Jawatankuasa Penilaian Perunding.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.