Jabatan Perbendaharaan MPS bertanggungjawab di dalam semua hal mengenai kewangan, semua jenis pembayaran dan semua jenis kutipan cukai pintu di dalam kawasan pentadbiran MPS.
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB
Jabatan Perbendaharaan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut:-
- Mewujudkan sistem perakaunan Majlis Perbandaran Selayang dengan berasaskan kepada prinsip-prinsip perakaunan, arahan perbendaharaan dan peraturan kerja.
- Mengurus hasil dan mengawal perbelanjaan majlis.
- Mengawal dan menguruskan bantuan-bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.
- Mengemukakan laporan kewangan Mesyuarat Majlis dan menyediakan penyata Kewangan untuk dikemukakan ke Jabatan Audit Negeri.
- Menyediakan Bajet Tahunan Majlis dan mengendalikan akaun pindahan peruntukan dan peruntukan tambahan.
- Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan (LO) bagi kerja, bekalan dan perkhidmatan.
- Memproses bayaran bagi pesanan tambahan (LO), tanpa pesanan tempatan (TLO), kontrak kerja dan lain-lain tuntutan.
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan bil-bil cukai taksiran dikeluarkan dan dihantar kepada pemilik tidak lewat daripada minggu pertama bulan Januari bagi bil separuh tahun pertama dan tidak lewat daripada minggu pertama bulan Julai bagi separuh tahun kedua
- Memastikan segala tuntutan pembayaran yang lengkap diterima oleh jabatan diproses untuk pembayaran dalam tempoh 7 hari
|
 |