MENU
 

PEMBERSIHAN AWAM

1. Pemotongan Rumput

Spesifikasi

  • Memotong semua rumput dalam kawasan tanah rezab termasuk bahu jalan, jalan protocol, lorong-lorong belakang, tepi tebing longkang, sepanjang jalanraya, susur jalan, pinggir longkang besar, padang bola, rumput yang menjalar dan di batas tempok
  • Rumput di tepi tebing longkang jalan yang berada dalam kawasan tanah rezab hendak dipotong sama rata dengan tebing konkrit longkang itu, jika terdapat longkang-longkang tanah , pemotongan hendaklah dibuat sama rata dengan peringkat tinggi air dari longkang itu
  • Sisa rumput hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau beg plastic dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam pemotong dilaksanakan
  • Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen dan arahan  semasa

Kekerapan

  • Pemotongan rumput adalah mengikut jadual 15 hari sepusingan
  • Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
  • Pemotongan adalah WAJIB setiap 1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 hari bulan setiap bulan

 

2. Pembersihan Longkang

Spesifikasi

  • Pembersihan dan cucian longkang termasuklah :
    • Sump longkang
    • Palong
    • Screen sampah dan log boom
    • Grill/grating longkang underpass
    • Struktur tiang
    • Drivewaly p.c.slab
    • Tempok dan dinding longkang
  • Kesemua jenis longkang tersebut mestilah setiap hari bebas dari sebarang tumbukan renek, sisa pepejal, pasir dan halangan sampah pukal. Longkang pecah perlu dilaporkan kepada MPS
  • Sisa longkang hendaklah diletakkan  ke dalam bekas atau beg plastik dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam pembersihan dilaksanakan
  • Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen tender dan arahan semasa

Kekerapan

  • Pembersihan longkang adalah mengikut jadual 15 hari sepusingan (1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 haribulan setiap bulan)
  • Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
  • Pembersihan longkang dilakukan selari dengan pemotongan rumput
  • Pembersihan longkang bagi kawasan perniagaan kilang, komersial dan rumah kedai adalah WAJIB setiap hari termasuk hari minggu dan cuti am

 

3. Penyapuan Jalan

Spesifikasi

  • Menyapu, membersihkan dan mengangkat semua kotoran sisa pepejal di atas jalan, kawasan awam dan longkang
  • Membersih lebihan sisa kemalangan, bangkai binatang, sisa pepejal pukal dan semua objek sisa pepejal di atas jalan awam
  • Membuang sampah sarap dan semak samin di sepanjang jalan dan bebendul (kerb) dan membersihkan longkang scupper (scupper drain)
  • Sisa sapuan hendaklah diletakkan ke dalam bekas atau beg plastik dan hendaklah dilupuskan dalam masa 24 jam penyapuan dilaksanakan
  • Menyapu dan membersihakan sampah dan kotoran di jalan-jalan utama pada setiap hari mengikut spesifikasi kerja
  • Semua spesifikasi kerja yang tertakluk di dalam dokumen tender dan arahan semasa

Kekerapan

  • Pembersihan jalan adalah mengikut pusingan pemotongan rumput
  • Kerja-kerja ini hendaklah dibuat dua (2) kali sebulan
  • Penyapuan adalah WAJIB setiap 1 hingga 15 haribulan dan 16 hingga 31 haribulan setiap bulan
  • Penyapuan jalan bagi kawasan perniagaan kilang dan kawasan komersial hendaklah dibuat WAJIB setiap hari termasuk hari minggu dan cuti am

 

4. Sampah Pukal / Sampah Kebun

Spesifikasi

  • Mengutip sampah pukal yang terdiri daripada sisa perabot terpakai, kertas, kotak, sisa kayu dan sebagainya yang terdapat di tepi-tepi tong sampah dan di tepi-tepi tong sampah kediaman dn perniagaan dan di lain-lain lokasi di dalam kawasan kerja yang ditawarkan
  • Kerja-kerja ini melibatkan kutipan sisa rumput sisa longkang dan sisa sapuan kerana ia terletak di bawah kerja-kerja pembersihan
  • Semua sampah yang dilonggokkan tanpa izi atau dibuang di mana-mana lokasi di dalam kawasan perkhidmatan hendaklah dipungut, dibersihkan dan dilupuskan oleh pihak kontraktor
  • Pembuangan sisa kutipan adalah di tapak pelupusan sampah lengal (kering) yang dikawal oleh pihak Worldwide di Sungai Kertas atau di Kuang

Kekerapan

  • Setiap hari

 

5. Aktiviti gotong royong

Spesifikasi

  • Menyediakan perkhidmatan dalam aktiviti gotong royong yang diarahkan pihak MPS