MENU

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja perkhidmatan bandar seperti pemungutan dan pelupusan sisa pepejal, sampah pukal, pembersihan longkang, penyapuan jalan dan pemotongan rumput.
  • Memproses dan memberi ulasan pelan bangunan bagi rumah dan kebuk sampah, surat sokongan dan sijil layak menduduki.
  • Melaksanakan tugas-tugas kawalan serta pencegahan vektor dan lain-lain penyakit berjangkit yang berkaitan.
  • Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempen-kempen kesedaran awam.
  • Menyelaraskan permohonan permit papan iklan bagi pemutihan & permohonan baru.

 

Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

  • Bertanggungjawab dalam mengawal selia bidang pemungutan dan pembuangan sampah, pembersihan longkang, sapuan jalan, pemotongan rumput dan kerja-kerja berkaitannya.
  • Bertanggungjawab bagi mengatasi semua aduan-aduan sampah-sarap, pemotongan rumput, pembersihan longkang dan sebagainya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan.
  • Bekerjasama dengan jabatan dalaman dan luaran mengatasi tempat pembuangan sampah haram.
  • Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempenkempen kesedaran awam.
  • Membuat pembersihan rumah / lot terbiar secara in-house selepas notis pembersihan gagal dipatuhi.
  • Memproses dan memberi ulasan pembangunan bagi kebuk sampah, surat sokongan dan sijil layak menduduki.

 

Bahagian Kesihatan Awam

  • Bagi memastikan tahap kesihatan warga MPS sentiasa berada di tahap yang baik, kerjasama yang erat sentiasa dipupuk antara Pejabat Kesihatan Daerah Gombak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak. Tugasan pencegahan dan kawalan kesihatan dilaksanakan di kawasan kediaman, komersial, kawasan lot kosong/terbiar. Manakala untuk perkhidmatan veterinar, persampelan kepala anjing dilakukan setiap bulan bagi mengesan kejadian kes Rabies yang mungkin telah berlaku di dalam Daerah Gombak.

 

 

 

 

Side Panel JPSPK 08062023

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.