MENU
 

Jabatan Bangunan MPS bertanggungjawab mengendalikan 3 aktiviti utama iaitu memastikan permohonan kelulusan pelan bangunan diproses mengikut peruntukan akta undang-undang kecil bangunan dan garis panduan yang telah ditetapkan bagi mencapai piagam pelanggan yang menepati matlamat pembangunan Majlis Perbandaran Selayang, melaksanakan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap bangunan dan ubahsuai bangunan mengikut peruntukan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974(akta 133) dan undangundang kecil Bangunan Seragam 1984, menyelaras dan melaksanakan pelan rekabentuk senibina bangunan bagi projek- projek MPS dan pemeliharaan tapak warisan serta pengindahan Bandar.Jabatan Bangunan diketua oleh Tn.Sr. Hj.Azam Bin Mohamad sebagai Pengarah Jabatan Bnagunan dengan di bantu 52 orang staf di bawah beliau.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB BAHAGIAN

  1. Bahagian Pelan  
    1. Melaksanakan proses  permohonan pelan bangunan melalui Jabatan Pusat Setempat (OSC).
    2. Melaksanakan proses permohonan bangunan sementara melalui Jabatan Pusat Setempat (OSC).
    3. Melaksanakan tindakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (Lulus Dengan Syarat).
    4. Melaksanakan tindakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (Lulus / Tolak).
    5. Melaksanakan tindakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (Tangguh)
  2. Bahagian Penguatkuasaan
    1. Menyelaras, memantau dan melaksanakan siasatan aduan yang diterima melalui Sistem Aduan STARS, surat, dan melalui aplikasi (WhatsApp)
    2. Melaksanakan dan memantau notis pemberitahuan kesalahan bangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang.
    3. Melaksanakan dan memantau kompaun kesalahan bangunan di dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang.
    4. Menyelaras dan memantau Borang B yang diterima bagi permohonan rumah sesebuah dan tambahan rumah.
    5. Merancang, menyelaras dan melaksanakan operasi roboh bagi kesalahan bangunan.
    6. Tindakan penguatkuasaan dan pemantauan bangunan adalah mengikut peruntukan Undangundang tersedia berdasarkan : a) Undang- undang Kecil Bangunan 1984 (UKBS) 1984 b) Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 ( Akta 133)
    7. Bertanggungjawab dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan terhadap aduan berkaitan dengan bangunan seperti bangunan retak,masalah CF, aduan perumahan (pemaju dan lain-lain)bangunan tanpa kebenaran,ubahsuai tanpa kebenaran, sambungan haram dan longgokan bahan binaan.
  3.  Bahagian Permit Dan Pemantauan
    1. Melaksanakan proses permohonan pelan membina rumah kediaman sesebuah seperti di tapak (1AB).
    2. Melaksanakan proses permohonan pelan tambahan rumah kediaman seperti di tapak (AB).
    3. Melaksanakan proses permohonan pembinaan struktur sistem pemancar  telekomunikasi yang dikemukakan oleh Perunding melalui Jabatan Pusat Setempat (OSC).
    4. Melaksanakan proses permohonan pembinaan struktur sistem pemancar  telekomunikasi yang dikemukakan oleh Konsortium Jaringan Selangor (KJS) melalui kaunter Jabatan Bangunan.
    5. Melaksanakan proses permohonan kelulusan permit tahunan struktur / bangunan sementara yang dikemukakan oleh Perunding melalui kaunter Jabatan Bangunan.
    6. Melaksanakan proses permohonan pembaharuan permit tahunan struktur sistem pemancar telekomunikasi dan struktur / bangunan sementara.
  4. Bahagian Reka Bentuk & Inovasi
    1. Melaksanakan kerja merekabentuk pelan seni bina bagi perlaksanaan projek-projek Majlis Perbandaran  Selayang.
    2. Melaksanakan proses penarafan tapak warisan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang.
    3. Melaksanakan kajian serta menderaf pelan-pelan setara untuk Jabatan Bangunan dari semasa ke semasa.
    4. Menyelaras program-program Inovasi Majlis Perbandaran Selayang di Jabatan Bangunan.
  5. Bahagian Pentadbiran
    1. Melaksanakan dan memantau Kehadiran staf
    2. Memantau dan menyelaras tuntutan elaun lebih masa
    3. Memantau dan menyelaras surat memo dan lainlain dokumen yang diterima
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.