MENU
 

Jabatan Kejuruteraan MPS bertanggungjawab mengendalikan 5 aktiviti utama iaitu Kawalan Pembangunan, Penyelenggaraan Infrastruktur, Elektrikal, Mekanikal dan Urus Selenggaran Bangunan.  Jabatan Kejuruteraan diketuai oleh Tuan Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya dengan dibantu oleh 138  orang kakitangan dibawah beliau. Jabatan Kejuruteraan  bertanggungjawab memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang disediakan diselenggara serta memberi keselesaan kepada warga Selayang.  Pemantauan dan pemeriksaan dilaksanakan secara telus agar setiap aduan kerosakan terhadap kemudahan dan infrastruktur diambil tindakan.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

 

  1. Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
    • Merancang, membina dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan awam dalam kawasan pentadbiran MPS.
    • Mengambil tindakan aduan awam berhubung penyelenggaraan infrastruktur MPS.
    • Merancang dan melaksanakan projek-projek khas penyelenggaraan dan pembangunan melalui Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan lainlain agensi melibatkan infrastruktur MPS.
    • Merancang projek-projek pembangunan MPS yang baru kemudahan orang ramai segerai, pasar, dewan, pondok bas dan lain-lain.
    • Memproses permit penutup longkang, penutupan jalan dan korekan jalan bagi orang ramai serta agensi-agensi lain.
    • Urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur Majlis bagi setiap bulan.
    • Mengawal spesifikasi jadual dan kualiti kerja projek mengikut masa yang telah ditetapkan.
    • Mengawal peruntukan dan pembayaran kepada kontraktor mengikut tempoh masa dan piagam.
  2. Bahagian Pembangunan
    • Memberi ulasan Kebenaran Merancang (KM) merangkumi ulasan Traffic Impact Assessment (TIA), Road Safety Audit (RSA) dan memberi  nilaian caj Improvement Service Fund (ISF) dalam tempoh 14 hari.
    • Memberi  nasihat pra-rundingan  kepada perunding kerja tanah (KT), dan Jalan & perparitan (JP) dikemukakan kepada Unit OSC.
    • Mengeluarkan ulasan pertama setelah menerima permohonan kelulusan kerja tanah (KT) dan Jalan & Perparitan (JP) daripada OSC dalam tempoh 10 Hari (ISO 2014).
    • Mengeluarkan ulasan pertama sokongan G17 dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan dikaunter daripada perunding.
    • Menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan aktiviti kerja tanah tanpa kelulusan merangkumi notis berhenti kerja, kompaun dan sitaan.
    • Menyediakan investigation paper (IP) kepada Jabatan Undang-Undang.
    • Menjalankan pemantauan ops lumpur bagi projek pembangunan yang mempunyai kelulusan.
    • Memproses permohonan penyerahan penyelenggaraan infrastruktur.
    • Memproses pemulangan wang cagaran dan penyelenggaraan akaun wang tidak dituntut (WTD).
  3. Bahagian Elektrikal
    • Menyediakan  kemudahan lampu jalan, lampu isyarat dan tanda nama jalan.
    • Mengambil tindakan aduan  berkaitan dengan  kerosakkan lampu jalan, lampu isyarat.
    • Memproses permohonan kelulusan pelan lampu jalan.
    • Pemasangan lampu jalan baru di kawasan perumahan.
  4. Bahagian Mekanikal
    • Pembelian kenderaan dan alat-alat mesin untuk pengurusan jabatan-jabatan dalaman Majlis.
    • Mengurus menyelenggaraan  pembaikan  kerosakan jentera  dan kenderaan Majlis.
    • Memastikan kenderaan  diservis  dan sentiasa dalam keadaan baik.
    • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan dan pemeriksaan kenderaan dari masa ke semasa.
    • Menguruskan rekod aset alih kenderaan, jentera, mesin dan peralatan pejabat (mekanikal).
    • Menguruskan stor Unit Mekanikal (ups. mekanikal)
    • Menguruskan pengurusan pengangkutan jabatan dalaman Majlis.
  5. Unit Cerun
    • Memberi ulasan Kebenaran Merancang (KM) terhadap dokumen sokongan teknikal untuk pembangunan di Majlis Perbandaran Selayang khususnya yang melibatkan pembangunan dikawasan sensitif alam sekitar, lereng bukit dan tanah tinggi selaras dengan tempoh piawaian standard ISO yang ditetapkan  (14 hari).
    • Menyertai dan menjadi Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa  Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JKTPKSAS) Negeri Selangor yang bersidang di Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Shah Alam.
    • Menjalankan inventori cerun dikawasan Majlis Perbandaran Selayang bagi membangunkan sistem pengurusan cerun yang lebih cekap dan efisien.
    • Mengambil tindakan terhadap aduan awam berkaitan pembaikan cerun runtuh, penyelenggaraan cerun dan sistem aliran air permukaan.
    • Merancang dan melaksanakan projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan lain-lain agensi berkaitan kerja-kerja kecemasan pembaikan cerun/ tanah runtuh dan penyelenggaraan yang menjejaskan infrastruktur social didalam kawasan majlis Perbandaran Selayang.
    • Memeriksa dan memantau pembangunan kawasan bukit  dan tanah tinggi secara berkala seterusnya mengesyorkan tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis arahan tindakan pembaikan, notis berhenti kerja dan tawaran mengkompaun sekiranya melanggar Akta-Akta dan garispanduan yang telah ditetapkan.
  6.  Unit  Urus Selenggara Bangunan (USB)
    • Merancang, mengawal dan menyelia kerja-kerja penyelenggaraan bangunan milik majlis yang melibatkan kejuruteraan awam, elektrikal dan mekanikal.
    • Mengurus dan mengendali peralatan elektrik dan mekanikal dan lain – lain untuk memastikan peralatan tersebut  dapat berfungsi dengan baik.
    • Mengurus dan menyelaras aduan-aduan penyelenggaraan bangunan milik Majlis.
    • Mengurus perolehan / permohonan pembelian / inden / tuntutan bayaran pembayaran bagi kerjakerja segera, sebutharga dan tender.
    • Menguruskan stor bagi melaksanakan penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok.
    • Membantu mengurus pendaftaran asset-aset yang berkaitan dengan USB seperti penghawa dingin berpusat dan split unit.
    • Menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat, bukan pejabat, lift dan lain lain.
  7. Unit Pentadbiran
    • Menguruskan hal-hal pentadbiran serta aktiviti jabatan.
    • Menyelaraskan fail-fail jabatan dan  surat-surat jabatan.
    • Menyelaraskan aduan jabatan.
    • Menguruskan  mesyuarat  dan  penyediaan minit mesyuarat.
    • Mengemaskini cuti kakitangan dan memproses elaun lebih masa serta elaun perbatuan.
    • Menguruskan alat tulis dan keperluan pejabat.
    • Menyediakan inventori jabatan.

       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.