MENU
 

Jabatan Khidmat Pengurusan MPS bertanggungjawab mengendalikan beberapa aktiviti utama iaitu menguruskan segala aspek perkhidmatan, penempatan, elaun, gaji, dan segala kemudahan dalam perkhidmatan, urusan pengambilan dan penempatan pegawai dan staf, merancang dan mengendalikan kursus/latihan dalam perkhidmatan, kursus wajib dan peperiksaan jabatan, mengurus hal ehwal tatatertib, pengisytiharan harta dan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), merancang dan menganjurkan keperluan perjawatan, struktur organisasi perjawatan dan mengemaskini sistem perkhidmatan. Jabatan Khidmat Pengurusan diketuai oleh Puan Mazurah binti Mohamed sebagai Pengarah Jabatan dengan dibantu oleh 65 orang staf beliau.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Khidmat Pengurusan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Menguruskan Hal Ehwal Sumber Manusia seperti urusan pelantikan, kenaikan gaji, pengurusan cuti dan pencen, pinjaman perumahan dan tatatertib kakitangan Majlis Perbandaran Selayang.
  • Menguruskan dan menyelia latihan kakitangan seperti kursus, bengkel, seminar, mesyuarat luar serta peperiksaan untuk kakitangan.
  • Menguruskan pembekalan aset dan stok bekalan pejabat termasuk perolehan dan pembayaran bagi perkhidmatan dan pembekalan.
  • Menguruskan perlindungan insurans tanggungan awam, bangunan dan aset serta urusan panel perubatan kakitangan, pegawai dan ahli majlis.

 

Bahagian Pentadbiran

  • Menguruskan kenderaan-kenderaan MPS berkaitan:
  1. Pergerakan kenderaan
  2. Kad Touch N Go
  3. Kad inden (Kad minyak)
  4. Cuci kenderaan
  • Menguruskan Insuran MPS yang berkaitan:
  1. Kebakaran
  2. Tanggungan Awam
  3. Kecurian
  4. Wang 
  5. Kemalangan diri berkelompok
  • Menguruskan insuran perubatan kakitangan seperti:
  1. Tuntutan bayaran klinik luar kakitangan
  2. Tuntutan bantuan sara ubat kakitangan (IJN, LPPKN & Dialisis)
  3. Urusan panjar wang runcit
  4. Mengemaskini sistem elaun perubatan kakitangan