MENU
 

Jabatan Perundangan MPS bertanggungjawab menjalankan aktiviti menguruskan hal-hal perundangan undang-undang MPS termasuk hal-hal pendakwaan dan sivil, meneliti dan mengawasi kes yang melibatkan apa-apa tuntutan terhadap pihak MPS dan pada mana-mana pihak, memberi nasihat perundangan, menggubal undang-undang MPS, meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pegawai mengenai hal-hal undang-undang dan menentukan dan melaksanakan langkah awalan serta mengarahkan pendakwaan. Jabatan ini dipimpin oleh En. Abdul Razak bin Ahmad sebagai pengarah jabatan dan dibantu seramai 26 orang kakitangan di bawah beliau.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Perundangan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

 

  • Memberi nasihat dan pandangan mengenai perkara yang berkaitan dengan perundangan MPS.

  • Menggubal dan meminda undang-undang kecil majlis dari semasa ke semasa.

  • Merangka kertas-kertas pertuduhan, sama ada aduan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang awam dan menjalankan pendakwaan di mahkamah iaitu sebutan dan perbicaraan.

  • Mengambil tindakan ke atas guaman sivil.