- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
KONTINJEN GOLF SELANGOR RAIH KEJAYAAN DI MAKSAK GAMES 2025
1 November 2025 | Melaka
Kontinjen Negeri Selangor mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya menduduki tempat keempat dalam Kategori Nett Berpasukan pada Kejohanan MAKSAK Games 2025 (Golf) yang berlangsung di Tiara Melaka Golf & Country Club dan Ayer Keroh Country Club, Melaka, dari 30 Oktober hingga 1 November 2025.
Turut menjadi kebanggaan ialah penyertaan dua wakil dari Majlis Perbandaran Selayang (MPS), iaitu En. Mohd Hafiz bin Ja’afar dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan serta En. Mohd Zain bin Mohd Tahir dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan, yang menjadi sebahagian daripada pasukan Selangor dan telah mengharumkan nama negeri di pentas MAKSAK.
Pencapaian individu turut menyerlah apabila En. Mohd Hafiz bin Ja’afar (MPS) berjaya meraih Tempat Kedua Individu (Keseluruhan Nett) dan dinobatkan sebagai Champion Nett Individu (Hari Kedua).
Sementara itu, En. Rosli bin Majid (MPKS) menduduki Tempat Ketiga Individu (Keseluruhan Nett) serta memenangi kategori Longest Drive (Nett) bagi Hari Kedua di Lubang 7.
Bagi kategori Longest Drive (Gross) Hari Pertama di Lubang 7, gelaran disandang oleh En. Mohd Taufik bin Abd Rahman dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan pengurusan pasukan yang diketuai oleh En. Mohd Zikry bin Zulkifle dan En. Hafizan bin Kamis dari MPS selaku Pengurus Pasukan, serta urus setia MPS yang memainkan peranan penting memastikan kelancaran penyertaan kontinjen Golf MAKSAK Selangor sepanjang kejohanan berlangsung.
Kejayaan kontinjen ini membuktikan semangat kesukanan dan komitmen tinggi dalam mengharumkan nama Selangor di peringkat kebangsaan. Diharapkan pasukan MAKSAK Selangor terus mencipta kecemerlangan pada edisi akan datang.