- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
ATLET GOLF MPS SERTAI KEJOHANAN MAKSAK GAMES 2025
30 Oktober 2025 | Melaka
Dua atlet golf Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyertai Kejohanan MAKSAK Games 2025 (Golf) yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November 2025, bertempat di Tiara Melaka Golf & Country Club dan Ayer Keroh Country Club, Melaka.
Mereka ialah En. Mohd Zain bin Mohd Tahir dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan serta En. Mohd Hafiz bin Jaafar dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan, yang mewakili Kontinjen Selangor dalam kejohanan berprestij tersebut.
Bagi edisi kali ini, MPS turut diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Acara Golf MAKSAK Selangor, dengan En. Mohd Zikry bin Zulkifle dan En. Hafizan bin Kamis dilantik sebagai Pengurus Pasukan bagi kontinjen Selangor. Kedua-dua mereka turut beraksi dalam kategori khas (pengurus) pada kejohanan tersebut.
Kejohanan MAKSAK Games merupakan platform penting bagi penjawat awam seluruh negara untuk memperkukuh semangat kesatuan, disiplin dan kesukanan selain menjadi medan memperlihatkan keupayaan serta potensi dalam bidang sukan.
MPS menzahirkan rasa bangga atas penyertaan para atlet yang bukan sahaja membawa nama Majlis Perbandaran Selayang, tetapi turut mencerminkan dedikasi, komitmen dan kecemerlangan penjawat awam negeri Selangor dalam arena sukan.