- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
31 MEI 2025 | DATARAN ILMU BANDAR BARU SELAYANG
Program Karnival Ceria Selangor 2025 anjuran YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat merangkap ADN Taman Templer telah berlangsung dengan meriah di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang dalam suasana yang cukup harmoni.
Program ini menampilkan pelbagai aktiviti yang memberi fokus kepada isu pemberdayaan wanita, sokongan kepada keluarga serta pembangunan komuniti.
Antara aktiviti yang diadakan adalah acara Larian Kasih Ibu, pementasan teater bertajuk “Bunga Untuk Kemboja” sempena pelancaran Kempen Menentang Keganasan Berasaskan Gender oleh Not A Production, sesi Career Comeback Program dan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain.
YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor telah merasmikan program ini sekali gus menyempurnakan Pelancaran Khairat Darul Ehsan (KDE). Beliau dalam ucapannya turut menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam membela nasib golongan yang kurang berkemampuan melalui pendekatan bersasar dan menyeluruh, termasuk inisiatif KDE yang memberi jaminan sokongan kewangan kepada waris sekiranya berlaku kematian.
Di samping itu, turut diadakan pelancaran Sukarelawan Wanita Berdaya Selangor (WBS), penyerahan bantuan khas melalui program ANIS, IMPAK dan WCaRe serta penyampaian Anugerah Inspirasi Ibu sebagai pengiktirafan kepada wanita yang berjasa dalam komuniti.
Turut hadir dalam karnival ini, Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak, YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MPS.
MPS turut mengambil bahagian dalam pameran reruai dengan membuka Kaunter Aduan dan Kaunter Bayaran Bergerak MPS dalam karnival ini.