MENU
 
PROGRAM ZIARAH CERIA BERSAMA KOMUNITI DAN PENYAMPAIAN PLAK TASKA BERDAFTAR JKM

30 Mei 2025 | Selayang

Hari ini, YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, telah turun padang untuk Program Ziarah Ceria dengan menyantuni komuniti memerlukan sekitar Selayang.

Seramai 5 penerima bantuan termasuk warga emas, ibu tunggal, dan keluarga berkeperluan telah disantuni menerusi penyerahan Kit Ziarah Kasih serta bantuan segera.

Pada program ini, YB Anfaal telah turut membuat penyampaian plak penghargaan kepada 13 pemilik taska berdaftar di Taska An Naurah Child Care Centre dan Taska Fantasi Bidara – atas pematuhan piawaian JKM dan komitmen terhadap penjagaan awal kanak-kanak.

Turut hadir sama pada program ini, Tuan Haji Azhar bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan Haji Azmir, Pengarah JKM Negeri Selangor; dan Tuan Haji Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 10.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan dalam memastikan tiada yang terpinggir dari segi kesejahteraan dan sokongan komuniti.

Progran ini juga merupakan kesinambungan kepada inisiatif Ziarah Kasih yang telah dilaksanakan oleh YB Puan Anfaal sebelum ini sebagaia usaha berterusan menyantuni rakyat yang memerlukan.

Program Ziarah Ceria kali ini diadakan sebagai pembuka tirai sempena Karnival Ceria Selangor yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2025 (Sabtu) di dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga untuk memeriahkan karnival ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan.

Event Date: 
Jumaat, 30 Mei 2025 - 9:30am