MENU
 
PENGEDARAN TONG SAMPAH MGB SECARA PERCUMA OLEH MPS

Sehingga 14 Mei 2025, sebanyak 1280 unit tong sampah jenis MGB bersaiz 80 liter telah diedarkan secara percuma kepada pembayar cukai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang telah melunaskan bayaran cukai taksiran setahun penuh dan melebihi nilai RM200.

Inisiatif ini merupakan komitmen MPS kepada para pembayar cukai susulan pelaksanaan penilaian semula kadar cukai taksiran tahun 2025. Diharapkan usaha ini dapat memupuk semangat tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran serta membudayakan gaya hidup bersih dan lestari dalam komuniti kita.

📍 Kepada yang masih belum membuat tuntutan, anda boleh berbuat demikian selagi stok masih ada atau sehingga 31 Mei 2025 di lokasi berikut:

✅ Pejabat MPS Cawangan Rawang

✅ Bilik Fail Berpusat MPS, Taman Selayang Baru

📞 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Unit Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPS di talian:

03-6126 5961 / 5963 / 5964 / 5966

Event Date: 
Rabu, 14 Mei 2025 - 8:00am