MENU
 
LAFAZ AKUAN TERIMA JAWATAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MPS BAHARU

Lafaz akuan terima jawatan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang baharu telah berlangsung pada 5 Mei 2025 bertempat di Pejabat Yang Dipertua MPS.

YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri telah menerima lantikan sebagai Timbalan Yang Dipertua (TYDP) MPS yang baharu berkuat kuasa pada 2 Mei 2025 bagi menggantikan Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi yang telah dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Mac 2025.

Tuan Haji Az’har telah menyempurnakan lafaz akuan terima jawatan di hadapan YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS dengan disaksikan oleh ketua-ketua WHIP Ahli Majlis dan pengarah jabatan MPS.

Seluruh warga MPS mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Az’har. Semoga dengan pengalaman yang dimiliki, beliau dapat melaksanakan amanah dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa mutu perkhidmatan kepada masyarakat di bawah pentadbiran MPS.

Event Date: 
Isnin, 5 Mei 2025 - 3:30pm