| Jabatan Pelesenan bertanggungjawab mengendalikan beberapa aktiviti utama seperti berikut : 
Mengurus dan memproses permohonan baharu serta pembaharuan lesen premis perniagaan.Mengurus dan memproses permohonan baharu serta pembaharuan permit perniagaan sementara dan lesen penjaja.Menyelaras dan memantau tindakan kawalan aktiviti perniagaan berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan MPS.   FUNGSI & TANGGUNGJAWAB 1. Bahagian Lesen Premis & Iklan 
Menguruskan permohonan lesen tred perniagaan dan iklan.Menguruskan permohonan lesen kritikal iaitu hotel, kuari, pusat siber, rumah urut, refleksologi, barang lusuh dan pusat kecantikan.Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis tred perniagaan, papan iklan dan premis hiburan bagi zon Gombak, Selayang, Kepong dan Rawang.Membuat pemeriksaan dan penyediaan laporan permohonan lesen visual papan iklan luaran.Menguruskan pembaharuan lesen / penarikan / penggantungan / pembatalan lesen, notis arahan penutupan premis.Meluluskan lesen serta-merta dan menandatangani surat-surat kelulusan lesen serta-merta.Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS.   2. Bahagian Pengurusan Penjaja 
Menguruskan permohonan permit sementara kategori sepanduk / banting, permit sementara hiburan awam, upacara keagamaan, bazar ramadan, Thaipusam, kaki lima, jualan buah-buahan bermusim, ekspo / promosi, kerusi meja di premis perniagaan, belon udara dan khemah perniagaan.Menguruskan permohonan lesen dan permit bagi kategori gerai dan penjaja serta penjaja pasar malam, pasar harian dan pasar pagi.Membuat pemeriksaan dan pemantauan lesen penjaja dan permit penjaja sementara.Melaksanakan penjualan kupon permit perayaan, permit buah-buahan bermusim, permit meja lipat dan permit tebu / kelapa di tapak.Menguruskan pengurusan penempatan penjaja.Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS.   3. Bahagian Pentadbiran & Pematuhan 
Menguruskan hal ehwal pentadbiran Jabatan Pelesenan.Menyelaras dokumentasi prosedur ISO, KIK dan lain-lain prosedur berkaitan kualiti jabatan.Menyelaras tindakan pemotongan dan pembayaran cagaran bagi semua lesen-lesen perniagaan yang mempunyai cagaran termasuk Wang Tidak Dituntut (WTD).Menyelaras program-program khas seperti program kepenggunaan dan alam sekitar, program bebas beg plastik dan lain-lain program yang berkaitan dengan jabatan.Menyelaras dan mengemaskini sistem aduan serta menyediakan maklumbalas serta laporan yang berkaitan.Bertanggungjawab menguatkuasakan pelesenan mengikut peruntukan di bawah Undang-Undang Kecil MPS   4. Unit Task Force Penguatkuasaan Premis Perniagaan 
Merancang dan merangka strategi tindakan penguatkuasaan Unit Task Force bersama bahagian yang berkaitan.Menyelaras jadual lawatan dan pemeriksaan premis / pusat perniagaan terhadap ketidakakuran undang-undang.Menyelaras dan memberi laporan pegawai pelapor yang bertugas di lapangan.Menyelaras pemeriksaan bersepadu bersama bahagian.Menguruskan dan mengambil tindakan ke atas akaun tidak berbayar. |  |