MENU
 

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bertanggungjawab di dalam beberapa aktiviti yang harus dikendalikan seperti merancang, penyelenggaraan dan mengurus harta Majlis Perbandaran Selayang, mengendalikan carian rasmi mengenai butir-butir pegangan dan mengurus serta memantau projek-projek pembangunan dan penswastaan bagi menjana pendapatan MPS. Jabatan ini diketuai oleh Pn. Norshima binti Norzlan dan dibantu oleh 150 orang kakitangan dibawah beliau.

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Menjalankan dan menyediakan laporan penilaian ke atas pegangan berkadar dalam kawasan MPS berdasarkan Akta 171 bagi maksud cukai taksiran.
  • Memproses tuntutan caruman bantuan kadar bagi pegangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Memproses permohonan tuntutan elaun kekosongan bagi pegangan berkadar yang tidak dapat didiami atau bagi bangunan kosong.
  • Mengendalikan carian rasmi mengenai butir-butir pegangan.
  • Bertanggungjawab mengemaskini maklumat pegangan.
  • Menyediakan laporan penilaian bagi harta-harta MPS untuk tujuan sewaan, insuran dan gadaian.
  • Menguruskan sewaan premis sewaan MPS.
  • Bertanggungjawab menguruskan kemudahankemudahan awam seperti stadium, kompleks sukan dan dewan-dewan.
  • Menyediakan peralatan untuk majlis-majlis rasmi MPS.
  • Bertanggungjawab mengurus, memantau projek projek pembangunan dan penswastaan bagi menjana pendapatan MPS.
  • Menguruskan proses perolehan kerja/ perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal.