- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
Pembayaran caj tempat letak kereta berbayar di kawasan MPS kini lebih mudah dengan aplikasi GoPayy
Mulai 1 April 2022, MPS memperkenalkan kaedah kupon digital dikenali sebagai GoPayy iaitu kaedah terbaharu pembayaran caj tempat letak kereta awam yang akan menggantikan kupon gores di semua lokasi tempat letak kereta berbayar di kawasan MPS.
Menerusi aplikasi GoPayy, orang ramai lebih mudah untuk membayar caj tempat letak kereta khususnya kepada pengguna yang tidak mempunyai telefon pintar. Pengguna hanya perlu memberikan nombor pendaftaran kenderaan kepada wakil ejen dan membuat bayaran caj petak kereta berdasarkan tempoh jam yang diperlukan dan mendapatkan resit pembayaran.
Orang ramai boleh mendapatkan kupon digital melalui ejen-ejen Go Payy di sekitar kawasan perbandaran Selayang. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Suasa Efektif Sdn Bhd di talian 1300 88 2025.
#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor