- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
TAKLIMAT PENYERAHAN KERJA MENAIK TARAF DAN MEMBAIKPULIH MEDAN SELERA MPS TAMAN GREENWOOD
26 Jun 2025 | Medan Selera MPS Taman Greenwood
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan sesi serahan tapak bagi kerja-kerja naiktaraf Medan Selera MPS Taman Greenwood pada 26 Jun 2025 (Khami). Projek pembaikan ini melibatkan keseluruhan 27 unit premis dan akan dilaksanakan secara berfasa oleh syarikat pelaksana.
Sesi serahan turut disertai oleh Tuan Hj. Mazlan bin Musa, Ahli Majlis MPS bersama wakil Pejabat Penyelaras Gombak, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH), Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) serta kontraktor pelaksana. Tempoh lantikan bagi projek ini bermula pada 23 Jun 2025 dan dijangka siap sepenuhnya pada 10 November 2025.
MPS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama penuh sepanjang tempoh pelaksanaan ini demi memastikan proses penambahbaikan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada peniaga serta pengunjung di masa hadapan.