MENU
Program Big Boys' Camp SHIELDS 2022 Program Big Boys' Camp SHIELDS 2022 Program Big Boys' Camp SHIELDS 2022

Program Big Boys' Camp SHIELDS 2022 telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2022 bertempat di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam. Program ini merupakan anjuran MPS dan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak ini melibatkan 60 orang peserta dari 2 Mukim iaitu Mukim Batu & Mukim Setapak. 

Program ini bertujuan untuk memberi penekanan terhadap peningkatan pengetahuan mengenai bahaya dadah serta turut menitikberatkan pengisian motivasi dan santapan rohani menerusi aktiviti selingan iaitu ceramah agama serta penekanan prinsip moral terhadap peserta. Penglibatan bersama orang kampung juga diselitkan agar mereka dapat mengadaptasikan diri dalam suasana kemasyarakatan.

Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Yazid bin Sairi, YDP MPS. Turut hadir ialah Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Selangor; Tuan Dr. Abdul Aziz bin Ismail, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Gombak; Encik Mohd Khairil Anuar bin Othman, Ketua Pegawai AADK Gombak; Tuan Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, TYDP MPS; wakil-wakil agensi serta ketua kampung.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor