MENU
Palancaran Buku Palancaran Buku Palancaran Buku
Palancaran Buku Palancaran Buku Palancaran Buku
Palancaran Buku Palancaran Buku Palancaran Buku
Palancaran Buku   Palancaran Buku

Bagi mengukuhkan agenda integriti, MPS telah melancarkan 2 buah buku iaitu Buku Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Buku Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) MPS dalam Majlis Perhimpunan Bulanan MPS pada 17 Oktober 2022 bertempat di Lobi Menara MPS. 

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YBhg TPj. Dato’ Haji Alias bin Salim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Negeri Selangor.

Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Ahli-Ahli Majlis dan kakitangan MPS diketuai oleh Tuan YDP MPS sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Negeri Selangor.

Pada Majlis Perhimpunan Bulanan ini, Tuan YDP turut menyerahkan sumbangan dermasiswa sumbangan ANULAE cawangan MPS dan ANULAE Semenanjung Malaysia kepada anak-anak kakitangan MPS yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. 

ANULAE MPS dan Kelab Sukan Dan Kebajikan MPS juga turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan bantuan keperluan harian kepada 16 orang kakitangan berketurunan India sempena sambutan Deepavali.

#selayangkusayang
#mps25tahunpenuhkemakmuran
#kitajagakita
#kitaselangor