MENU
 
MPS SANTUNI KOMUNITI SELAYANG MELALUI PROGRAM KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI SELANGOR 2025

31 Mei 2025 | DEWAN BERINGIN, TAMAN SERI GOMBAK

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama BeVital, telah menunjukkan komitmen terhadap kebajikan warga emas melalui Program Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor 2025 yang telah diadakan pada 31 Mei 2025 di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, yang turut meluangkan masa melawat reruai-reruai pameran serta menyantuni warga emas.

Perasmian majlis ini telah disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Turut memeriahkan majlis ialah YBrs. Dr. Ahmad Munawwar Helmi bin Salim, Ketua Projek Saringan Kesihatan Warga Emas Negeri Selangor 2025 merangkap Pengasas BeVital, dan YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin.

Turut hadir ke majlis ini ialah Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Orang Besar Daerah Gombak, dan YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama barisan Ahli Majlis serta pengarah-pengarah jabatan MPS.

Majlis dimulakan dengan sesi ramah mesra dan walkabout bersama warga emas, diikuti dengan gimik perasmian, cabutan bertuah, penyampaian cenderahati serta sesi bergambar bersama para tetamu dan peserta program.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan warga emas sentiasa terpelihara, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Event Date: 
Sabtu, 31 Mei 2025 - 9:45am