- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MESYUARAT KAJIAN SEMULA PENCAPAIAN SASARAN KERJA UTAMA (SKU) TAHUN 2025, BIL. 2/2025 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
1 Ogos 2025 | Putrajaya
Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Mesyuarat Kajian Semula Pencapaian Sasaran Kerja Utama (SKU) 2025 Bil.2/2025 pada 31 Julai 2025 hingga 1 Ogos 2025 di Moxy Hotel, Putrajaya.
Mesyuarat ini diadakan untuk menilai semula pencapaian kerja bagi tempoh setengah tahun di setiap Jabatan. Ini termasuk program, projek dan inisiatif yang telah dirancangkan pada tahun 2025 yang selaras dengan peruntukan kewangan yang telah diluluskan.
Mesyuarat ini juga bertujuan memastikan setiap jabatan atau unit melaksanakan projek, program, dan inisiatif yang selari dengan dasar utama Majlis, iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Rancangan Selangor Pertama (RS-1), dan MPS SMART City 2030.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, semua jabatan berjaya membentangkan pencapaian SKU setengah tahun 2025. Hasil daripada mesyuarat ini, sebanyak 36 pindaan penambahbaikan/sasaran dan 14 sub SKU baharu telah diwujudkan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua serta para Pengarah Jabatan.
Hasil perbincangan mesyuarat ini diharap dapat merealisasikan misi dan visi MPS dalam peningkatan kecekapan dan kualiti perkhidmatan perbandaran yang lebih efisien.