MENU
 
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MYLESEN B2 TAHUN 2025 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

31 Mei 2025 | Dewan Sri Siantan, Selayang

YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program MyLesen B2 Tahun 2025 Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung pada 31 Mei 2025 di Dewan Sri Siantan, Selayang.

Program MyLesen B2 ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah/ institusi pengadian dan belia, untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan dan mempertingkat keselamatan jalan raya.

Majlis inj telah dihadiri dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Dalam ucapannya, beliau menegaskan komitmen Kerajaan Negeri dalam mempermudah akses rakyat untuk mendapatkan lesen motosikal, termasuk menyediakan bantuan khas kepada golongan berpendapatan rendah.

Seramai 1,200 calon terdiri daripada pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, serta orang awam telah berjaya menamatkan program ini dan menerima sijil penghargaan masing-masing.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah JPJ Malaysia; Tuan A. Rahim bin Ahmad Kasdi, Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Penyelaras DUN Gombak Setia; Tuan Deveandran a/l Selvaraju, Ahli Majlis MPS Zon 7; Tuan Mohammad Faizal bin Ismail, Ahli Majlis MPS Zon 8; Tuan Muhammad Husaini bin Mohd Yunos, Ahli Majlis MPS Zon 6; serta wakil-wakil agensi kerajaan di Selangor.

Event Date: 
Sabtu, 31 Mei 2025 - 9:45am