- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH SELAYANG ESPORTS TOURNAMENT 2025
10 Ogos 2025 | 168 Park Mall, Selayang
Dengan visi memperkukuh komuniti e-sukan tempatan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sekali lagi mencipta pentas besar untuk menyerlahkan bakat-bakat belia melalui Selayang eSports Tournament 2025 pada 9 Ogos 2025 bertempat di 168 Park Mall, Selayang.
Kejohanan ini merupakan inisiatif MPS dengan kerjasama 168 Park Mall, Selayang, khusus untuk mencungkil bakat-bakat belia dalam arena e-sukan. Selain menjadi pentas pertandingan, ia juga berperanan memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan dalam aktiviti digital yang sihat dan kompetitif. Ianya melibatkan tiga kategori permainan iaitu PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang dan FC25 (PlayStation 5).
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS, bersama Encik Edward Lam, Ketua Pengarah Eksekutif 168 Park Mall, Selayang, serta YBrs. Tuan Montazeri bin Nordin, Ahli Majlis Zon 11 MPS.
Keputusan pemenang adalah seperti berikut :
Mobile Legends
Tempat Ketiga – RM1,000 : Kumpulan Gengar
Naib Johan – RM1,500 : Kumpulan DX King
Johan – RM2,000 : Kumpulan Kyzer
FC 25 (Bola Sepak Maya)
Tempat Ketiga – RM500 : Kumpulan Bunohxn
Naib Johan – RM700 : Kumpulan Gamesmy Rasydan
Johan – RM1,000 : Kumpulan Rajabos
PUBG Mobile
Tempat Ketiga – RM1,000 : Kumpulan Celcomdigi Alliance
Naib Johan – RM1,500 : Kumpulan RW Junior
Johan – RM2,000 : Kumpulan Sem9
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian yang membanggakan ini. Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kejohanan ini berlangsung.