MENU
Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor
Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor   Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menerima peruntukan sebanyak RM10,000.00 di Majlis Pelancaran Program Minyak Masak Terpakai Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, EXCO Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor pada 4 Mac 2023 bertempat di Masjid Kota Raja Klang.

MPS akan menggunakan peruntukan tersebut untuk mengedarkan tong minyak masak terpakai kepada pengelola Bazar Ramadan, sekolah, komuniti dan masjid yang memerlukan.

MPS mengucapkan terima kasih atas peruntukan ini dan berharap program ini dapat memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan dalam menjaga alam sekitar dengan mengamalkan pengumpulan minyak masak terpakai.