MENU
 
MAJLIS BACAAN YASIN & DOA SELAMAT UNTUK BAKAL HAJI MPS TAHUN 1446H@2025M

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Kelab Sukan dan Kebajikan MPS (KSDK MPS) dan ANULAE telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat untuk meraikan bakal jemaah haji pada 8 Mei 2025 bertempat di Lobi Menara MPS.

Seramai enam orang warga kerja MPS termasuk YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2025. Bacaan Yasin dan doa selamat telah diketuai oleh Encik Syeikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir, Pegawai Jabatan Khidmat Pengurusan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan wang tunai daripada ANULAE MPS serta kit bantuan jemaah haji daripada KSDK MPS yang disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Turut sama dalam majlis ini, Encik Zikry bin Zulkiflee, Presiden KSDK MPS; Puan Ruzaini binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS, Ahli Majlis dan pengarah jabatan.

Semoga warga kerja MPS yang bakal menunaikan haji sentiasa dalam keadaan sihat walafiat serta mendapat haji yang Mabrur.

Event Date: 
Khamis, 8 Mei 2025 - 3:45pm