- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan pemeriksaan projek hentian bas pada 22-24 April 2025 dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Selayang.
Lawatan ini mencerminkan komitmen bersama dalam usaha meningkatkan mutu fasiliti awam. Inisiatif ini turut membuka ruang untuk menilai keberkesanan reka bentuk, ketahanan struktur, dan tahap keselesaan pengguna dan selaras dengan usaha memperkukuh infrastruktur tempatan.
Melalui pendekatan ini, MPS berharap dapat memenuhi keperluan komuniti serta mempertingkatkan kemesraan pengguna terhadap fasiliti awam, seiring dengan visi pembangunan bandar yang mampan dan progresif.
Pada sesi lawatan tersebut, MPS turut menyampaikan cenderahati kepada En. Ya’akub bin Othman, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perunding Kejuruteraan Awam, KPKT sebagai tanda penghargaan.