- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lanjutan majlis menandatangani surat setuju terima (SST) kontrak bagi perkhidmatan kutipan sampah KDEB Waste Management (KDEBWM) dan MPS pada 28 Februari 2024 yang lalu, satu taklimat Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal MPS 2024 oleh KDEBWM Cawangan Selayang telah diadakan pada 18 Mac 2024 bertempat di Dewan Beringin, Gombak.
Sesi taklimat ini berobjektif untuk memberikan penerangan berkaitan pembahagian Zon Kutipan, Skop dan Spesifikasi Kerja (Kekerapan, kaedah dan waktu kutipan), penggunaan logistik dan jentera mengikut senarai zon dan juga tatacaran kutipan selaras dengan perjanjian kontrak baharu yang bermula pada 16 Mac 2024.
Taklimat ini melibatkan semua lantikan baharu bagi kontraktor Pengurusan Perkhidmatan Kutipan Sisa Pepejal di Perbandaran Selayang selain Ahli-ahli Majlis MPS dan wakil jabatan dalaman MPS.
Diharapkan dengan taklimat ini dapat membantu kontraktor melaksanakan tugasan kutipan dilapangan dengan sempurna mengikut jadual bagi memastikan perkhidmatan kutipan kepada warga Selayang dapat diberikan dengan lancar dan mengikut jadual.