MENU
 
Forum ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’ Forum ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’ Forum ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’

MPS pada hari ini telah mengadakan Forum bertajuk ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’ bersama-sama barisan panel iaitu Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBhg. Datin Paduka TPr Dr. Dahlia Rosly; Majlis Penasihat Pertubuhan Perancang Malaysia; Tuan TPr Abdul Halim, Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia dan Dr. Chua Rhan See, Pegawai Perancang Bandar dan Desa PLANMalaysia di Hotel Mercure, Selayang.

Seramai 40 peserta telah turut serta pada forum yang diadakan bersempena dengan lawatan daripada The Local Authorities International Cooperation Specialist Dispatch Project, Japan Council of Local Authorities for International Relations (JCLAIR). Menuju status negara tua menjelang 2030, forum ini memfokuskan tentang pembangunan intelek dan pembangunan fizikal untuk kemudahan masyarakat yang menua kelak.

Turut hadir Mr. Matsumoto Nobuhiko, Pengurus Kanan Penjagaan Warga Emas dan Pembangunan Insurans serta Kemudahan Pejabat Kebajikan Tobu Chuo, Jabatan Kebajikan Saitama; Mr. Nagata Takuya, Timbalan Pengarah Kanan JCLAIR; wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan; wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Gombak; wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan wakil-wakil dari jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama