MENU
 
DYTM RMS SOLAT JUMAAT DI MASJID CAHAYA IMAN COUNTRY HOMES RAWANG

DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan mencemar duli

berangkat ke Masjid Cahaya Iman, Country Homes, Rawang bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat.

Baginda turut berkenan menghadiri kenduri rakyat dalam suasana yang penuh mesra dan kasih sayang, di lokasi terakhir siri jelajah Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Gombak yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 16 April 2025.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah YB Dato’ Haji Rizam bin Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Negeri Selangor, yang diiringi oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang. Turut serta memeriahkan majlis ialah Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak dan Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPAJ.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kekal komited dalam mendukung aspirasi Negeri Selangor, khususnya dalam memperkukuh semangat perpaduan serta mengeratkan jalinan hubungan antara institusi Diraja, pemimpin dan rakyat.

Event Date: 
Jumaat, 18 April 2025 - 8:00am