- UTAMA
- INFO KORPORAT
- INFO JABATAN
- PERKHIDMATAN
- KEMUDAHAN AWAM
- PERUNDANGAN
- PELANCONGAN & REKREASI
- ARKIB
- BANTUAN
![]() |
Mesyuarat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri Bilangan 1 Tahun 2025 telah diadakan pada 21 April 2025 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS.
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memberi ruang komunikasi dua hala antara MPS bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi berkongsi segala permasalahan, pandangan dan pembangunan yang berlaku di kawasan pentadbiran MPS.
Menyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Shahman bin Jalaludin, YDP MPS. Ahli mesyuarat yang turut hadir adalah YB Tuan Chua Wei Kiat, ADN Rawang; YB Puan Pua Pei Ling, ADN Bukit Lanjan; wakil-wakil Parlimen dan DUN serta pengarah-pengarah jabatan MPS.