SEKALUNG TAHNIAH KEPADA TYDP MPS ATAS PENGANUGERAHAN TOKOH PEKERJA NEGERI SELANGOR 2026
YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negeri Selangor 2026 bagi kategori Pengurusan dan Profesional sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Shah Alam.
Anugerah berprestij tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor serta ketua-ketua jabatan daripada pelbagai agensi kerajaan.
Penganugerahan ini merupakan penghargaan terhadap dedikasi, komitmen serta sumbangan cemerlang Tuan Haji Az’har sepanjang berkhidmat dalam sektor awam, khususnya di peringkat pengurusan dan profesional dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada masyarakat.
Majlis Sambutan Hari Pekerja ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada golongan pekerja yang memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan serta kemajuan negeri.