Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL AL-QURAN & KESENIAN ISLAM PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2026

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL AL-QURAN & KESENIAN ISLAM PERINGKAT DAERAH GOMBAK 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gombak telah menganjurkan Karnival Al-Quran & Kesenian Islam Peringkat Daerah Gombak 2026 yang julung kali diadakan, melibatkan penyertaan dari Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Tua serta pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Daerah Gombak.

Saringan acara telah berlangsung pada 1 dan 2 April 2026, manakala peringkat akhir diadakan pada 16 April 2026. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, diiringi YBrs. Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPS dan YBrs. Tuan Haji Zainal bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Gombak.

Sebanyak lima acara telah dipertandingkan iaitu tilawah Al-Quran, hafazan, tahfiz Al-Quran, tulisan khat dan nasyid melibatkan kategori warga emas, sekolah rendah dan sekolah menengah. Para pemenang membawa pulang wang tunai, trofi, hamper dan sijil.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh para juara pertandingan nasyid Karnival Al-Quran & Kesenian Islam Peringkat Daerah Gombak 2026.

Bagi keputusan keseluruhan, Sekolah Kebangsaan Taman Selaseh telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi kategori sekolah rendah, manakala Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang muncul sebagai juara keseluruhan bagi kategori sekolah menengah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Mohammad Azli bin Ab Rahman, Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak; YBrs. Tuan Ismail bin Jaapar, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Adab & Nilai, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor; YDH Datin Azura binti Abd Aziz, Pengetua SMK Hillcrest; YDH Puan Hazimah binti Hassan, Guru Besar SK Taman Seri Gombak 2; Ahli-Ahli Majlis MPS serta barisan Pengarah Jabatan MPS.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN TAPAK TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK ARIANA @ KOTA PUTERI (PKNS), SELAYANG

LAWATAN TAPAK TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK ARIANA @ KOTA PUTERI (PKNS), SELAYANG

YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Ariana @ Kota Puteri (PKNS), Selayang bagi meninjau status semasa projek perumahan tersebut.

Projek yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ini telah memperoleh Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) pada 16 April 2026, menandakan ia telah siap sepenuhnya serta memenuhi keperluan yang ditetapkan.

Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan TPr. Affendi bin Samingan, Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPS; serta Tuan Ir. Ts. Hazrin Hazizi bin Hussain Sabri, Timbalan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS bersama wakil PKNS.

Melalui lawatan ini, aspek pematuhan, kualiti serta kesiapsiagaan projek terus diberi perhatian bagi menjamin pembangunan yang terancang dan berdaya huni.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE JABATAN UKUR & PEMETAAN MALAYSIA

LAWATAN PENANDA ARAS MPS KE JABATAN UKUR & PEMETAAN MALAYSIA

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melibatkan seramai 13 orang deligasi MPS yang diketuai oleh Tuan Ir. Haji Shaiful Nor Aidil bin Mohd Jaya, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS.

Lawatan ini turut dihadiri wakil daripada Jabatan Perancang dan Jabatan Teknologi Maklumat MPS. Kehadiran delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Tuan LSr. Jamil Faisal bin Yusoff, Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data Geospatial Negara), JUPEM.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan secara langsung berkaitan penggunaan serta keupayaan aplikasi MyGeoServe dalam perkongsian data imej satelit di samping memahami dengan lebih mendalam kaedah pengurusan, pemprosesan dan penyampaian data geospatial yang dilaksanakan oleh pihak JUPEM. 

Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan dan pengalaman antara kedua-dua agensi dalam usaha memperkukuh penggunaan data spatial bagi tujuan perancangan, pemantauan dan pembangunan.

Melalui lawatan ini, MPS turut meneroka peluang kerjasama strategik yang berpotensi dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam khususnya dalam aspek pengurusan data geospatial yang lebih sistematik, bersepadu dan berimpak tinggi. 

Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MPS dan JUPEM serta menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan melalui penggunaan data geospatial yang lebih efektif, selaras dengan keperluan pembangunan bandar yang mampan, berdaya saing serta menuju Bandar Pintar MPS 2030.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

PROGRAM SEMARAKKAN INOVASI SEKTOR AWAM TAHUN 2026

PROGRAM SEMARAKKAN INOVASI SEKTOR AWAM TAHUN 2026

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menghadiri Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.

MPS turut mengambil bahagian dalam pameran inovasi dengan mengetengahkan dua (2) projek utama iaitu Tempat Elok Dikhaskan Untuk Hentian (TEDUH) dan Sistem Bidaan Tapak Perniagaan Thaipusam. Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan MPS dalam memperkasa budaya inovasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Lebih membanggakan konsep inovasi TEDUH yang diperkenalkan oleh MPS dengan nama asal ‘Rider’s Pit Stop’ telah diperluaskan dan kini digunapakai oleh lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Perkembangan ini menunjukkan pengiktirafan terhadap keberkesanan serta potensi inovasi yang dibangunkan oleh MPS untuk diaplikasikan secara lebih meluas.

Turut hadir pada program ini YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS bersama-sama Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Korporat; Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Pelesenan; serta Encik Hafizan bin Khamis, Ketua Bahagian Pengurusan Projek dan Fasiliti.

Secara keseluruhannya, penyertaan MPS dalam program ini bukan sahaja memperkukuhkan jaringan kerjasama antara agensi sektor awam, malah memberi ruang dalam mempromosikan inisiatif inovasi MPS di peringkat yang lebih tinggi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

CERAMAH MOTIVASI “KERJA, IBADAH & KEBERKATAN” PERKASA SEMANGAT WARGA MPS

CERAMAH MOTIVASI “KERJA, IBADAH & KEBERKATAN” PERKASA SEMANGAT WARGA MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus komited dalam memperkukuh nilai integriti dan motivasi dalam kalangan kakitangannya melalui penganjuran Program Ceramah Motivasi bertajuk “Kerja, Ibadah & Keberkatan” yang berlangsung di Lobi Menara MPS.

Program anjuran Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MPS ini menampilkan penceramah jemputan, Encik Syamsul Amri atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, yang berkongsi pandangan serta inspirasi berkaitan kepentingan menghubungkan pekerjaan seharian dengan nilai ibadah dan keberkatan dalam kehidupan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri; Timbalan Yang Dipertua MPS dan Tuan LAr. Mokhtar Affandi bin Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Landskap merangkap Pengerusi Akrab.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menyuntik semangat positif dalam kalangan kakitangan MPS, seterusnya mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

OPERASI PEMBERSIHAN SISA INDUSTRI & BINAAN HARAM DI TAMAN INDUSTRI BOLTON

OPERASI PEMBERSIHAN SISA INDUSTRI & BINAAN HARAM DI TAMAN INDUSTRI BOLTON

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan pembuangan sampah longgok, sisa industri dan sisa binaan yang dibuang secara haram di Taman Industri Bolton, Batu Caves.

Kawasan berkenaan dikenal pasti sebagai hotspot pembuangan sisa bercampur oleh individu luar serta premis perniagaan, meskipun pusat tong sampah yang disediakan adalah khusus untuk kegunaan penduduk Kampung Gombak Indah. Tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah haram di kawasan tersebut telah menyebabkan persekitaran menjadi kotor dan tidak terkawal. Bagi mengelakkan penyalahgunaan, pemasangan tali kuning turut dilakukan bersebelahan pusat tong sampah sebagai langkah kawalan.

MPS mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah di kawasan awam atau di lokasi yang tidak dibenarkan. Tindakan kompaun sehingga RM1,000 boleh dikenakan di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007 terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan tersebut.

MPS menegaskan komitmen untuk terus memantau lokasi-lokasi berisiko serta mengambil tindakan tegas bagi memastikan kebersihan dan kualiti persekitaran sentiasa terpelihara.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

MPS BANTERAS PEMBUANGAN SISA HARAM DI TAMAN INDUSTRI BOLTON

MPS BANTERAS PEMBUANGAN SISA HARAM DI TAMAN INDUSTRI BOLTON

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dengan kerjasama KDEB Waste Management (KDEBWM) telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa sampah haram di Taman Industri Bolton.

Tindakan itu diambil susulan aduan orang awam mengenai longgokan sampah bercampur itu. Pemasangan tali kuning turut dilakukan selepas proses pembersihan siap bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab daripada mengulangi perbuatan tersebut.

MPS mengingatkan orang ramai agar tidak membuang sampah di kawasan awam atau lokasi yang tidak dibenarkan. Mereka yang melanggar arahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

MPS turut menegaskan komitmen untuk terus memantau kawasan hotspot dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam pembuangan sampah haram.

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani

#selayangkusayang