Perkhidmatan / Bidang Kuasa Tangkapan Haiwan Terbiar yang diberikan
- Pihak Majlis mengambil tindakan bagi menangani permasalahan haiwan kacauganggu seperti dibawah:-
- Anjing dan kucing peliharaan
- Anjing dan kucing terbiar/berkeliaran
- Ternakan ruminan merayau / lepas bebas
- Kawasan operasi meliputi kawasan awam sahaja (tidak termasuk kawasan persendirian seperti kilang, bangunan persendirian, institusi pendidikan, tanah persendirian, bangunan berstrata dan sebagainya).
- Haiwan-haiwan terbiar yang ditangkap akan disimpan sementara di Pusat Tahanan Haiwan Majlis Perbandaran Selayang bagi tujuan siasatan/adopsi/tuntutan semula/pelupusan.
- Penguatkuasaan mengikut peruntukan Undang-Undang sediaada yang digunapakai iaitu:-
-
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
-
Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
-
Enakmen Mengawal lembu-Kerbau Negeri Selangor 1971 (Enakmen No3 Selangor)
-
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (MPS) 2007
-
Pekeliling Ketua Setiausaha KPKT Bilangan 5 Tahun 2014 - Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan Dan Pelupusan Anjing Terbiar Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
5. Kacauganggu oleh monyet/ kera/ beruk/buaya/musang adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Selangor, Jalan Lanar 8/15, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon : 03-5519 3915/ 03-5519 0817/ 03-5510 6328, Faks: 03-5510 1830,
Whats App : 018-2351816 Emel: selangor@wildlife.gov.my.
Sebarang Permasalahan, sila Hubungi
Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan,
Tingkat 2, Bangunan Lama Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
Telefon : 03-61265800
Emel : adminjpspk@mps.gov.my