Info Penilaian dan Pengurusan Harta
|
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bertanggungjawab di dalam beberapa aktiviti yang harus dikendalikan seperti merancang, penyelenggaraan dan mengurus harta Majlis Perbandaran Selayang, mengendalikan carian rasmi mengenai butir-butir pegangan dan mengurus serta memantau projek-projek pembangunan dan penswastaan bagi menjana pendapatan MPS.
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :
-
Menjalankan dan menyediakan laporan penilaian ke atas pegangan berkadar dalam kawasan MPS berdasarkan Akta 171 bagi maksud cukai taksiran.
-
Memproses tuntutan caruman bantuan kadar bagi pegangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
-
Memproses permohonan tuntutan elaun kekosongan bagi pegangan berkadar yang tidak dapat didiami atau bagi bangunan kosong.
-
Mengendalikan carian rasmi mengenai butir-butir pegangan.
-
Bertanggungjawab mengemaskini maklumat pegangan.
-
Menyediakan laporan penilaian bagi harta-harta MPS untuk tujuan sewaan, insuran dan gadaian.
-
Menguruskan sewaan premis sewaan MPS.
-
Bertanggungjawab menguruskan kemudahankemudahan awam seperti stadium, kompleks sukan dan dewan-dewan.
-
Menyediakan peralatan untuk majlis-majlis rasmi MPS.
-
Bertanggungjawab mengurus, memantau projek projek pembangunan dan penswastaan bagi menjana pendapatan MPS.
-
Menguruskan proses perolehan kerja/ perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal.
|
Pengarah Jabatan
Ahmad Faisal Bin Badiuzaman
Timbalan Pengarah
Sr. Fazlin Mariam Binti Mustafa
Ketua Kerani
1. Suzana Binti Saleh
2. Jamilah Binti Mohamed Yusof
Bahagian / Unit
Bhg. Penilaian
Bhg. Pengurusan Harta
Bhg. Penswastaan & Pelaburan
Bhg. Kemudahan Awam
Bhg. Pengurusan Aset
Jumlah Kakitangan
128 orang
Sayap A dan B, Tingkat 3
Menara MPS
03-6126 5904
|