Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KESUMA)

SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 ANJURAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KESUMA)

Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang membawa tema “Pekerja MADANI, Kesuma Bangsa” telah berlangsung di Axiata Arena, Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui ANULAE Cawangan MPS telah menyertai sambutan tersebut.

Penyertaan MPS telah diwakili oleh Puan Ruzani binti Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS bersama Ahli Jawatankuasa ANULAE Cawangan MPS.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan sambutan yang menghimpunkan lebih 15,000 pekerja di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia; YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; serta mewakili Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik kepada 14 penerima bagi kategori Perkhidmatan Awam, Swasta, Kesatuan Sekerja, Media dan Kontinjen Terbaik.

Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa inisiatif utama iaitu Elaun Pasca Cuti Bersalin, Perlindungan PERKESO Luar Negara serta Pakej Daya Tahan Ekonomi 2026 (PACE).

#malaysiamadani

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama