Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

2026

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI & ANTIRASUAH (MPGIA)

KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI & ANTIRASUAH (MPGIA)

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Unit Integriti telah melaksanakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA): Pemerkasaan Penyelia Dalam Integriti, Tatatertib dan Antirasuah MPS bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Program yang melibatkan seramai 70 orang pegawai dan penyelia MPS ini bertujuan memperkukuh peranan penyelia dalam aspek kawalan serta pemantauan tatatertib berdasarkan Kaedah-Kaedah Pegawai MPS 2023, di samping memperkasa budaya tadbir urus, integriti dan akauntabiliti dalam organisasi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Rozaihan bin Ramli, Ketua Unit Integriti MPS dan turut melibatkan sesi kuiz interaktif Kahoot, latihan berkumpulan dan pembentangan kajian kes berkaitan pengurusan pelanggaran tatakelakuan serta disiplin pegawai.

Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS.

Penganjuran kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman dan kepekaan para penyelia terhadap aspek integriti, tatatertib serta pematuhan peraturan dalam pelaksanaan tugas harian, sekali gus memperkukuh budaya kerja profesional dalam organisasi.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MPS

LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) melibatkan seramai empat (4) orang delegasi dan diketuai oleh YBrs. Puan Hajah Rosmah binti Haji Ihsan, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MDSB.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan, berkongsi pengalaman serta memahami pelaksanaan Inspektorat Keselamatan Perlindungan di MPS, khususnya berkaitan pengurusan keselamatan fizikal, keselamatan dokumen terperingkat, pengurusan kunci keselamatan, kawalan akses, pematuhan Arahan Keselamatan serta tatacara pengurusan bilik keselamatan.

Selain itu, lawatan tersebut turut memberi peluang kepada delegasi untuk memahami fungsi inspektorat dalam memantau tahap pematuhan keselamatan perlindungan di jabatan, mengenal pasti kelemahan dan risiko keselamatan, melaksanakan pemeriksaan berkala serta mencadangkan tindakan penambahbaikan bagi memperkukuh tadbir urus keselamatan organisasi.

Sepanjang lawatan tersebut, pihak MPS turut membawa delegasi melawat beberapa lokasi antaranya bilik kebal, Bilik Siantan, Kaunter Khidmat Pelanggan serta Unit Integriti bagi memberikan penerangan berkaitan tatacara dan pengurusan keselamatan perlindungan yang dilaksanakan di MPS.

Semoga dengan lawatan ini dapat memperkukuh perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik antara MPS dan MDSB dalam aspek pengurusan keselamatan perlindungan dan tadbir urus organisasi.

Majlis Daerah Sabak Bernam

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001-2015 MPS TAHUN 2026

BENGKEL DOKUMENTASI MS ISO 9001-2015 MPS TAHUN 2026

Bengkel Dokumentasi MS ISO 9001:2015 Tahun 2026 anjuran Bahagian Inovasi dan Kualiti, Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dilaksanakan pada 7 hingga 9 Mei 2026 bertempat di Amverton Cove Golf & Island Resort.

Bengkel ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Azโ€™har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS selaku Pengerusi ISO MPS dan Tuan Ts Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS. Turut serta adalah Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Korporat merangkap Wakil Pengurusan ISO MPS; Puan Khairina binti Mohd Kardry, wakil Ketua Dokumentasi; Ketua-Ketua Skop serta Ahli-Ahli Dokumentasi. Bengkel kali ini bertujuan bagi memperkukuh sistem pengurusan kualiti melalui penambahbaikan dokumentasi secara berterusan serta perbincangan terperinci mengenai teguran audit SIRIM yang terdahulu.

Penglibatan dan komitmen menyeluruh daripada peserta sepanjang bengkel berlangsung, menunjukkan bahawa kerjasama berpasukan merupakan tonggak utama dalam memastikan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di MPS berjalan dengan lancar.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

OPERASI BERSEPADU ROBOHKAN STRUKTUR HARAM DI KAMPUNG INDIAN SETTLEMENT

OPERASI BERSEPADU ROBOHKAN STRUKTUR HARAM DI KAMPUNG INDIAN SETTLEMENT

Operasi Bersepadu melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi keselamatan serta pihak berkuasa negeri telah dilaksanakan di Kampung Indian Settlement, Mukim Batu bagi merobohkan beberapa struktur binaan yang dikenal pasti dibina tanpa kelulusan dan didirikan di atas tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

Pelaksanaan operasi ini melibatkan seramai 429 anggota melalui penglibatan daripada jabatan dalaman Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Sepang, Hulu Langat serta Petaling. Turut hadir ialah Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Gombak serta pasukan teknikal yang terdiri daripada perunding, jurukur dan kontraktor pelaksana.

Bagi memastikan operasi berjalan lancar, MPS turut menggerakkan beberapa aset logistik termasuk enam unit excavator, tiga unit lori tunda serta sebuah lori kawalan haiwan bagi membantu pelaksanaan tugas di lapangan secara teratur dan selamat. Tindakan perobohan struktur terbabit dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) melibatkan pembinaan tanpa kelulusan, serta Seksyen 425 Kanun Tanah Negara berkaitan pencerobohan dan pendudukan tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Operasi penguatkuasaan tersebut dilaksanakan secara serentak menerusi pembahagian kepada tiga zon utama bagi memastikan gerak kerja lebih tersusun dan sistematik. Di Zon 1, sebanyak 12 struktur dikenal pasti terlibat dan sebahagian besarnya telah dirobohkan. Di Zon 2 pula, tindakan perobohan melibatkan majoriti struktur kediaman serta sebuah stor, manakala di Zon 3 sejumlah struktur termasuk stor dan rumah kediaman yang telah disenaraikan dalam perancangan operasi turut dirobohkan.

Pelaksanaan operasi ini dibuat secara teliti bagi memastikan projek pembangunan infrastruktur di Kampung Indian Settlement dapat diteruskan mengikut perancangan demi manfaat dan kesejahteraan masyarakat setempat secara keseluruhan.

MPS komited memastikan setiap pembangunan di kawasan pentadbirannya mematuhi peruntukan undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan, ketenteraman dan kepentingan awam.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang

#malaysiamadani

LAWATAN BAIT AL MAWADDAH, PUSAT JAGAAN WARGA EMAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA, MPS

LAWATAN BAIT AL MAWADDAH, PUSAT JAGAAN WARGA EMAS LEMBAGA ZAKAT SELANGOR KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) SG. TUA, MPS

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sg. Tua telah menerima lawatan daripada delegasi Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diketuai oleh Encik Abdul Razak bin Razali dari Bait Al Mawaddah, Pusat Jagaan Warga Emas Lembaga Zakat Selangor.

Lawatan ini bertujuan meninjau pengoperasian dan aktiviti harian PAWE Sg. Tua MPS sebagai rujukan bagi perancangan penubuhan Pusat Jagaan Harian ๐˜ฟ๐™–๐™ฎ๐™˜๐™–๐™ง๐™š warga emas oleh pihak LZS. Penerangan berkaitan pengoperasian, program serta aktiviti yang dijalankan di PAWE Sg. Tua telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ahmad Fauzi bin Ishak, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPS.

Pusat ๐˜ฟ๐™–๐™ฎ๐™˜๐™–๐™ง๐™š tersebut dirancang bagi menyediakan ruang penjagaan dan aktiviti harian yang bermanfaat kepada warga emas, di samping membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, emosi dan sosial mereka.

Pihak LZS turut menyatakan hasrat untuk membawa penghuni Bait Al Mawaddah, Pusat Jagaan Warga Emas Lembaga Zakat Selangor ke PAWE Sg. Tua bagi menyertai program dan aktiviti yang dianjurkan.

Secara keseluruhannya, lawatan ini berjalan lancar dan diharapkan hubungan kerjasama antara PAWE Sg. Tua dan Lembaga Zakat Selangor dapat diteruskan demi kesejahteraan warga emas.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama