Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

KUNJUNGAN MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC) & SESI PERBINCANGAN i-LESEN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

KUNJUNGAN MALAYSIA PRODUCTIVITY CORPORATION (MPC) & SESI PERBINCANGAN i-LESEN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Pelesenan telah menerima kunjungan rasmi daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) bagi membincangkan pelaksanaan Sistem i-Lesen MPS, hala tuju pembangunan sistem serta persediaan ke arah pelancaran Pelan Strategik Pengurusan dan Pemerkasaan Penjaja Kecil MPS 2026–2030.

Delegasi MPC diketuai oleh En. Zaffrulla Hussein bersama wakil-wakil MPC serta perunding, Dr. Izhar Che Mee, dan telah disambut oleh Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS bersama barisan pengurusan serta pegawai Jabatan Pelesenan MPS.

Sesi turut merangkumi pembentangan fungsi dan keupayaan sistem i-Lesen yang menyokong pengurusan pelesenan secara lebih sistematik, cekap dan telus, selaras dengan aspirasi pendigitalan perkhidmatan MPS ke arah Smart City Selayang 2030.

Hasil perbincangan mendapati sistem i-Lesen MPS berpotensi untuk diperluaskan sebagai platform digital yang lebih komprehensif dalam:

  • Pengurusan data pelesenan secara berpusat

  • Pemantauan aktiviti perniagaan secara lebih efektif

  • Penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan

MPS merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MPC atas kunjungan serta perkongsian kepakaran dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Usaha ini diharap dapat menyokong penambahbaikan berterusan dalam sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi manfaat kepada komuniti penjaja dan masyarakat setempat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#MPS#iLesen#PenjajaMPS#SmartSelayang2030#TransformasiDigital#MPC