Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PENYERTAAN PASUKAN DART MPS DI KARNIVAL SUKAN PBT MALAYSIA (MALA) SIRI 1 2026

PENYERTAAN PASUKAN DART MPS DI KARNIVAL SUKAN PBT MALAYSIA (MALA) SIRI 1 2026

Pasukan Dart Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Siri 1/2026, yang menghimpunkan penyertaan daripada PBT seluruh negara sebagai platform memperkukuh kerjasama, semangat kesukanan serta jaringan antara agensi.

Penyertaan ini merupakan penampilan sulung Pasukan Dart MPS dalam kejohanan MALA, sekali gus menjadi langkah awal dalam memperluas penglibatan MPS dalam sukan dart di peringkat kebangsaan.

Sepanjang perlawanan peringkat kumpulan, Pasukan Dart MPS telah menampilkan aksi yang kompetitif dengan keputusan berikut:

16 April 2026 (Khamis)

• MPS 🆚MP Sungai Petani

Keputusan: MPS (7) – (5) MPSP

• MPS MB Pulau Pinang

Keputusan: MPS (4) – (7) MBPP

17 April 2026 (Jumaat)

• MPS MD Raub

Keputusan: MPS (4) – (7) MD Raub

• MPS 🆚MB Iskandar Puteri

Keputusan: MPS (5) – (6) MBIP

Secara keseluruhan, pasukan telah mempamerkan saingan yang sengit dengan satu kemenangan serta beberapa perlawanan yang berakhir dengan perbezaan mata yang tipis. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut belum memihak kepada MPS untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Penyertaan ini merupakan satu permulaan yang positif dalam usaha memperkasa penglibatan MPS dalam sukan dart serta memperluas jaringan hubungan antara PBT di peringkat nasional.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Dart MPS atas komitmen serta semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama