Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI PEMBERSIHAN SAMPAH LONGGOK, SISA INDUSTRI DAN SISA BINAAN

OPERASI PEMBERSIHAN SAMPAH LONGGOK, SISA INDUSTRI DAN SISA BINAAN

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi pembersihan sampah longgok, sisa industri dan sisa binaan yang dibuang secara haram di Jalan Velox 18, Taman Velox dan Lorong Bidan Saunah, Sg Buloh.

Operasi tersebut dijalankan susulan kegiatan pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu yang telah menyebabkan longgokan sampah di kawasan awam serta rizab jalan, sekali gus mencemarkan persekitaran dan menjejaskan imej kawasan setempat.

MPS tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti pembuangan sampah secara haram dan akan terus memperhebat pemantauan serta tindakan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan dan kesejahteraan persekitaran sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar tidak membuang sampah di kawasan awam atau di lokasi yang tidak dibenarkan oleh pihak MPS. Sebarang pelanggaran boleh dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM1,000.00 di bawah Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang