Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

LAWATAN TEKNIKAL MBPP KE STADIUM MPS

LAWATAN TEKNIKAL MBPP KE STADIUM MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang berlangsung di Stadium MPS. Delegasi MBPP diketuai oleh Encik Muhammad Muashraf bin Mohamed, Pengarah Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP.

Lawatan tersebut turut disertai oleh delegasi daripada Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti MBPP dan telah disambut mesra oleh Tuan Ahmad Faisal bin Badiuzaman, Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) MPS.

MBPP kini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja penaiktarafan lampu limpah di Stadium Bandaraya Pulau Pinang menjelang tahun 2027 bagi menggantikan sistem pencahayaan sedia ada. Lawatan ke Stadium MPS ini diadakan bagi meninjau aspek teknikal serta operasi berkaitan sebagai rujukan dalam pelaksanaan projek tersebut.

Selain itu, lawatan ini juga merupakan langkah penting kepada MBPP dalam mendapatkan maklumat yang lebih terperinci bagi menyokong perancangan dan pelaksanaan projek penaiktarafan pencahayaan stadium berkenaan.

MPS berharap lawatan ini dapat memberi nilai tambah kepada MBPP dalam usaha meningkatkan kemudahan sukan, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

#kitaselangormajubersama

#selayangkusayang

#malaysiamadani