Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

OPERASI PEMBERSIHAN SISA HARAM DI RAWANG DAN SRI GOMBAK

OPERASI PEMBERSIHAN SISA HARAM DI RAWANG DAN SRI GOMBAK

4 & 9 Mei 2026 | Rawang & Sri Gombak

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan operasi pembersihan terhadap aktiviti pembuangan sampah longgok, sisa industri dan sisa binaan secara haram di Jalan SG 9/21, Taman Sri Gombak serta Jalan SJ 5, Taman Setia Jaya, Rawang.

Hasil pemantauan mendapati kawasan berkenaan telah dijadikan lokasi pembuangan sampah secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan longgokan sampah di kawasan awam dan rizab jalan, sekali gus mencemarkan persekitaran serta menjejaskan keselesaan penduduk setempat.

Sehubungan itu, MPS telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan bagi memastikan kawasan terlibat kembali bersih, selamat dan terpelihara.

Orang ramai diingatkan agar tidak membuang sampah di kawasan awam atau di lokasi yang tidak ditetapkan oleh pihak MPS. Sebarang pelanggaran terhadap arahan tersebut boleh dikenakan tindakan kompaun tidak melebihi RM1,000.00 di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPS) 2007.

#selayangkusayang

#kitaselangormajubersama

#malaysiamadani