MAJLIS PENYERAHAN SURAT PENYIARAN PELANTIKAN SECARA PERTUKARAN TETAP MPS 2026
Majlis Penyerahan Surat Penyiaran Pelantikan Secara Pertukaran Tetap sebagai Setiausaha, Pegawai Tadbir Gred N14 kepada seorang (1) pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah berlangsung pada 1 Julai 2026 bertempat di Pejabat Yang Dipertua, Menara MPS.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, diiringi oleh Tuan Ts. Hairudin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS serta Puan Su@Noor Hafizah binti Mohamad Lasim, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan.
Surat Penyiaran Pelantikan Secara Pertukaran Tetap tersebut telah disampaikan kepada YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri A.M.S. yang dilantik sebagai Setiausaha, Pegawai Tadbir Gred N14 (Tetap).
Sekalung tahniah diucapkan atas pelantikan ini. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memacu kecemerlangan Majlis Perbandaran Selayang.