Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melalui Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penyewa Pasar MPS Bandar Baru Rawang Bil. 2/2026 sebagai platform komunikasi dua hala bagi memperkukuh hubungan serta merapatkan kerjasama antara pihak MPS dan para penyewa.
Sesi libat urus ini bertujuan mendapatkan maklum balas secara langsung berhubung pelbagai isu, aduan, cadangan serta keperluan penyewa melalui sesi dialog dan perbincangan bersama. Inisiatif ini sekali gus membantu MPS menambah baik penyampaian perkhidmatan serta melaksanakan tindakan susulan yang lebih efektif demi keselesaan dan kesejahteraan para penyewa.
Sesi libat urus tersebut dipengerusikan oleh Encik Mohammad Faiz bin Omar, Ketua Bahagian Pengurusan Harta, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Turut hadir, Tuan Ananthan a/l Raman@Ramaya Ahli Majlis MPS (Zon 15) dan pegawai-pegawai MPS.
Kehadiran serta penglibatan aktif penyewa yang dijemput dalam sesi ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh hubungan kerjasama yang lebih erat, harmoni dan berkesan antara MPS dan komuniti penyewa MPS.