Official Malaysia Government Website
Here's how you know

Official government websites end with .gov.my

If the link does not end with .gov.my, exit the website immediately even if it looks similar.

Secure websites use HTTPS

Look for a lock or https:// as an added precaution. If not present, do not share any sensitive information.

603-6126 5800 aduanmps@mps.gov.my

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM LARIAN OBOR SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026 DAN HARI TANPA KENDERAAN PERINGKAT MPS

PROGRAM LARIAN OBOR SUKMA XXII & PARA SUKMA SELANGOR 2026 DAN HARI TANPA KENDERAAN PERINGKAT MPS

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menganjurkan Program Larian Obor SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026 dan Hari Tanpa Kenderaan Peringkat MPS dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh semangat.

Penganjuran kedua-dua program ini bertujuan menyemarakkan sokongan terhadap kontinjen Selangor yang bakal beraksi di SUKMA XXII & PARA SUKMA Selangor 2026, di samping membudayakan gaya hidup sihat dan mobiliti lestari.

Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haniff bin Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Acara kemuncak menyaksikan penyerahan Obor SUKMA XXII Selangor 2026 daripada YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS kepada YBrs. Tuan Shahman bin Jalaludin, Yang Dipertua MPS sebagai simbolik kesinambungan Jelajah Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026 antara pihak berkuasa tempatan (PBT).

MPS merupakan lokasi persinggahan keenam Jelajah Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026 selepas Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Larian obor sejauh 3 kilometer melalui enam (6) checkpoint utama telah disertai barisan kepimpinan MPS, agensi kerajaan, pelajar sekolah, atlet kebangsaan, atlet OKU MPS serta orang awam.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA XXII Selangor 2026; Yang Dihormatkan Dato’ Ir. Haji Cheremi bin Haji Tarman, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Gombak, Orang Besar Daerah Gombak; YBrs. Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pegawai Daerah Gombak; YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBrs. Tuan Ts. Hairuddin bin Daud, Penolong Setiausaha MPS, Ahli-ahli Majlis MPS serta pengarah-pengarah jabatan, ketua-ketua dan wakil jabatan serta agensi.

Hari Tanpa Kenderaan MPS 2026 anjuran Jabatan Perancang Bandar MPS telah dimeriahkan dengan penyertaan sembilan (9) reruai pameran agensi, Eco Free Market serta pelbagai aktiviti menarik termasuk Pertandingan Netball Shoot Out, Pertandingan Push Bike, aktiviti mewarna, Face Painting dan Nail Art yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

#selayangkusayang

#malaysiamadani

#kitaselangormajubersama